Wednesday, April 9, 2008

Mikmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah Ta’ala

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata; “Sabda Rasulullah Sallahhu Alahi Wasalam.; “Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih di kasihi oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada tiap-tiap sesuatu itu ada mengandungi kebaikan. Hendaklah berusaha bersungguh-sungguh utuk mendapatkan ssuatu yang berfaedah kepada engkau dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah engkaumenjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu bencana janganlah brkata; “Kalaulah aku berkuasa tidaklah jadi begini, tetapi Allah telah mentakdirkannya, apa-apa sahaja Dia kehendaki dibuatnya”. Ini kerana seungguhnya ungkapan “kalaulah” itu membuka peluang syaitan”. (Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
Dalam hadith ini menjelaskan bahawa sesuatu yang ditakdirkan Allah Ta’ala itu mengandungi hikmat dan kebaikannuya tersendiri. Akan tetapi manusia yang selalunya kurang arif serta tidak memikirkan hikamat yang tersirat disebalik kejadian yang telah Allah jadikan. Di samping itu, manusia kadangkala menyangka sesuatu itu baik sedangkan pada hakikatnya tidak baik. Begitu juga kadangkala manusia membenci sesuatu dengan mengatakan tidak baik, sedangkan perkara itu baik.

Muqaddimah:
Berdasarkan hadith di atas nyatalah bahawa ciri-ciri mukmin yang kuat adalah mukmin yang sempurna imannya. Mereka sentiasa menjaga imannya daripada cacat dan rosak. Mereka juga sentiasa mengamalkan ajaran Islam tanpa ragu dan jemu serta mempertingkatkan iman dengan ilmu, amal dan taqwa. Disamping itu, mereka berusaha gigih mempertingkatkan taraf hidup di dunia dalam berbagai-bagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial.


Hadith ini melarang penggunaan perkataan “kalau” adalah kerana penggunaan perkataan tersebut akan memberi peluang kepada syaitan memasukkan jarumnya untuk meragukan manusia dengan takdir Allah Taala. Sehubungan dengan itu juga, syaitan juga boleh melemahkan semangat berkerja umat Islam kerana bimbang dan meragukan sama ada berjaya ataupun tidak. Perkara ini yang boleh menyebabkan kurangnya keimanan kepada qada’ dan qadar Allah Taala.

Pengajaran Hadith:
;) Setiap muslim mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin kejayaan dalam hidupnya.
;) Usaha yang bersungguh-sungguh sahajalah yang membuatkan orang Islam akan digeruni oleh musuh Islam.
;) Islam menyuruh umatnya supaya tidak mudah putus ada di samping berusaha dan bertawakal kepada Allah Taala.